Fikiranku kian melayang dek memikirkan masalah peribadiku yang semakin hari semakin memakan diriku yang rapuh ini
Aku terlalu lemah untuk menerima hukuman berat yang aku sendiri punca pangkalnya Bukan salahnya meninggalkan manusia yang bodoh ini tetapi salahku yang membuatnya sehingga sanggup melupakanku
Yaaaaa ,dia manusia biasa yang lemah dan akur dengan ketentuan Ilahi yang terpaksa mengharungi kesakitan lagi perit akibat perangaiku yang sial ini
Ucapan maaf takkan mampu memadam api kemarahannya malah menambahkan lagi kemarakan api yang berada di hati nya
Sumpah seranah yang akan terpacul daripada mulutmu akan ku terima walaupun tidakku dengari tetapi aku tahu ,aku juga manusia ciptaan Allah SWT
Aku tidak mampu menolak godaan syaitan tetapi aku mempunyai akal fikiran sudah ku tahu apa akibatnya melakukan perkara yang kau benci tetapi aku bodoh aku tetap berdegil aku tetap mahu mencabarmu dan kini aku sudah menerima akibatnya
Mintak maaf dan terima kasih
No comments:
Post a Comment