" Perasaan sayang cinta bukan merebak dgn nafsu semata, aku buta menilai semua tu. Jauh lagi utk aku sayang kau kerna rupa. Dan bila gelak tawa kau sentiasa memenuhi stiap pelusuk ruang sunyi aku. Setiap senyum kau meredakan setan yang bersarang dalam jiwa. Aku sayang kau kerna kau biasa melihat persona antagonis aku dan hanya kau bisa menilik sirna protagonis diri yang naif. Hangat genggaman tangan kau sentiasa terasa walau kau jauh di hujung dunia. Bukan batang tubuh yang kau ada aku mahu tapi cara kau menguasai diri aku yang terseksa dan membebaskan dari rasa sakit itu. Aku sayang kau. Dan tiada apa yang boleh mengubah perasaan ini. "
No comments:
Post a Comment