okay ?

"Kau akan okay".

Isnin
3 kata yg tak pernah berhenti diucap. Seolah semua ini akan jadi lebih baik, luka dan perit hati ini akan sembuh. Macam mana kalau aku tak okay ? Aku takkan okay ? Selamanya...

Selasa
Ubat pelali tak berhenti disuntik agar aku berhenti rasa ngilu ini. Bukan semudah itu untuk aku sembuh dan teruskan hidup.

Rabu
Segala rasa aku luahkan hari ini. Secara konklusi aku terlalu obses dengan derita kecewa. Aku takkan cukup sempurna dan aku tau aku tiada peluang untuk mengisi ruang untuk menjadi sempurna.

Khamis
Mereka kata aku ada tetamu hari ini. Aku menuju ke pintu, tapi sebelum sempat aku berfikir aku berpaling semula ke bilik. Aku lihat cermin, apa yg aku nampak seorang gadis. gadis yg murung. anak mata hitam menceritakan segala rasa terpendam. di hujung bibir dia mula melakar senyuman. cuba. senyum terukir tapi mata jatuh ke tanah.

Aku lemah. yang aku mampu hanya mereka senyuman palsu asal kau tahu "aku akan okay".

No comments:

Post a Comment